Cukupkah Bekalan Kita?


Minda dan fikiran kita lebih luas dari bumi yang terbentang. Apa yang mampu kita fikir, ulas dan bayangkan dengan hanya menggunakan ciptaan Ilahi ini tiada batasnya. Tiada frekuensi yang menghadkannya. Tiada dinding yang mampu menghalangnya untuk terus berfungsi dikala kita masih hidup. Dalam banyak-banyak perkara yang pernah difikirkan, pernahkah terfikir tentang ajal?

‘Bilakah aku akan mati..?’

‘Mati sewaktu muda atau tua?’

‘Bagaimana keadaanku ketika malaikat Izrael datang memanggil?’

‘Apa yang aku bawa pabila mati nanti?’

‘Apa yang aku akan kubawa ke kubur nanti?’

‘Bagaimana keluarga dan sahabat handai akan menerima pemergianku?

Pelbagai bentuk soal yang bermain di minda .. bagaimana, bila, di mana.. Bagi saya sendiri, di kebelakangan ini, soalan yang kadangkala menjenguk ke fikiran saya adalah ‘Apa yang aku bawa ke kubur pabila mati nanti..’ It scares me to bit. Dan kenapa soalan ini begitu saya rasa begitu relevan dengan saya adalah :- Kita mampu memiliki segalanya yang kita hendak dan idamkan ketika hidup di dunia samada diberi, dibeli, didapati dan lain-lain. Sama ada ia berbentuk material, atau bukan material seperti pencapaian, kemenangan mahupun penghormatan. Saya bukan perfect, bukan sempurna, banyak cacat-celanya.. Ini cuma peringatan kepada diri sendiri dan sahabat handai yang sedang membaca tulisan saya yang tak seberapa ni.. Tidak salah untuk beringat..

Saya hanya kagum dengan golongan yang begitu sarat kehidupannya dengan material..Seolah itu lah ‘ultimate’ nya.. Seolah itu lah segala-galanya. Alhamdulillah saya tidak ke tahap itu, namun masih banyak yang perlu diperbetulkan dan diperhalusi. Beg mahal lagi branded, pakaian yang serba canggih dan juga mahal, dan segala apalah yang sangat materialistik memang tiada tempat di hati saya. Tapi jika keperluan untuk memiliki sesuata ada (dan mampu), dan tiada salahnya. Cuma jangan membazir dah..

Daripada orang yang kaya-raya dan memiliki berpuluh-puluh kereta, berjuta-juta ringgit dan pakaian yang mahal tapi tidak seminit pun dalam kehidupan sehariannya dia beringat tentang kehidupan ‘seterusnya’, lebih baik lagi yang duduk di rumah kampung, yang tidak memiliki banyak harta benda tetapi kerap kali beringat tentang kehidupan ‘seterusnya’ itu. .. dan dari kesedaran ini dapat dipupuk sikap,perangai dan amalan yang lebih baik dari dulu. Kita bukan robot dan sesuatu perubahan itu tidak boleh dibuat secara mendadak. Perlu diikhlaskan hati sebelum melakukan sesuatu..

Saya bukan seorang puitis, penyair atau penulis karya.. Tidak reti saya untuk bermadah di sini. Sekadar apa yang baru ditulis ini.. Jangan malu untuk bertanyakan diri sendiri soalan-soalan yang disebut tadi.. Dan kita tidak perlu takut dengan kematian. Setiap orang akan melalui perjalan yang sama..

Apa yang membezakan setiap kita bukanlah pendapatan bulanan kita..bukan juga jenis kereta yang dipandu..atau sebarang pencapaian duniawi kita..Apa yang akan diambil perkiraan di akhir nanti adalah amalan kita..Wahai rakan-rakanku, fikir-fikirkanlah..Dalam kehidupan seharian kita perlu mencerminkan diri kita.. Siapa lagi kalau bukan kita.

Cermin diri sendiri dan tanya, adakah hidup anda sempurna..? Jika tidak, apa lagi yang tidak sempurna..? Apa yang anda mahu di dunia dan untuk bekalan di akhirat..?

Originally posted on December 17, 2010

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑