Sinopsis mendampingi gelandangan: Di antara dua realiti


Sesungguhnya REALITI tidak boleh melawan masa. Masa itu beredar, dan realitinya, hidup ini juga turut ‘beredar’, dari satu kedudukan ke kedudukan yang lain.Bagi majoriti kita, kita terus dengan REALITI kita dalam parameter yang kita ketahui, dampingi & begitu takut untuk kita lepaskan.



Paradoksnya, ada juga dikalangan kita, tercampak ke luar dari parameter ini, dan kekal di luar parameter ini. Namun,REALITI ini, kurang yang kita ketahui kerana kita tidak mengalaminya. Ia jauh dari sudut pandang kita & begitu pasti takut untuk mendampinginya. Yang pernah cuba mendampinginya, akan cepat memahami bahawa tidak mudah menyelami REALITI di luar penggarapan kita.


Bagai melihat ikan-ikan belaaan di dalam tangki akuarium,begitu jua mata yang menyaksikan rakan-rakan yang REALITInya ‘hidup bergelandangan’. Kita melihat, tapi tidak dapat menyelaminya apatah lagi memahami kemelut hidup disebalik kejernihan lensa mata mereka.

Apatah lagi memahami, bagaimana perasaan mereka, setiap harini berdepan dengan dugaan hidup yang nan mendatang.Belum disebut berdepan dengan panas, hujan, ribut petir..belum disebut risiko penyakit-penyakit di jalanan.Tidak jua mengetahui bila lapar perut akan timbul atau tenggelam.



Tatkala kita mendampingi mereka, ambillah iktibar. Apa yang boleh kita ‘belajar’ dari mereka.Dengan itu, kita ‘hormati’ mereka kerana mereka adalah insan..yang berjalan di bumi yang sama.Mereka punyai keluarga, mereka punyai hak untuk hidup..namun, realitinya, konteks dan perjalanan hidup mereka diluar jangkaan mereka. Diluar garapan minda majoriti kita kerana kita bukan di dalam REALITI mereka.

Oleh itu, sama-samalah sentiasa berdoa agar mereka terus diberi kekuatan untuk terus hidup, dan terus berjuang untuk keluar dari parameter mereka ini. Sebagai marhaen,kita punyai peranan.

Ringan-ringankanlah tulang ini untuk melihat sendiri keadaan mereka dan bagaimana kita boleh meringkan beban & kesengsaraan mereka.

Jangan sesekali menghina mereka.Kita tidak ketahui kesudahan hidup kita. REALITI yang kita begitu selesa ini, boleh jadi dimuliakan mahupun dilaknati. Hati-hatilah dalam meniti REALITI agar tidak menyesal kemudian hari.

‘Di antara Dua Realiti’
missjewelz
19/7/2022

Kuala Lumpur

Untuk menyertai ‘street feeding’ yang akan datang, bolehlah follow akaun @kitajagalife untuk makluman lebih lanjut.

3 thoughts on “Sinopsis mendampingi gelandangan: Di antara dua realiti

Add yours

  1. Salam Julz, do you still take part in the street feeding? If you are can i join you in your next session?
    I used to do this back then, but since covid… Well…

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑