Semoga tenang di sana Sarjan Bob


Assalamualaikum.. telah diberitakan kepada saya petang tadi (31/8/2021) oleh SI Dalia dari trafik Maran, satu berita yang sedih di mana Sarjan Bob telah kembali ke rahmat Ilahi setelah terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya. Arwah Sarjan Bob bukan sahaja anggota trafik yang dedikasi terhadap tugasnya, arwah juga seorang suami, dan ayah kepada 5 orang anak.

Sejak mula saya memulakan initiatif kemanusiaan #kitajagalife , beliaulah di antara insan yang pertama bersama SI Dalia yang tampil untuk menjadi ground team saya di Maran. Segala urusan berkenaan dengan serahan atau agihan barang-barang untuk mangsa banjir, arwah dan SI Dalia menjadi barisan hadapan yang memastikan segala kerja dilakukan secara terancang.

Yang membawa saya melawat rumah-rumah kampung di sekitar Maran dan Chenor.. Sarjan Bob lah orang nya.. Arwah lebih mesra dengan panggilan ‘Cik Bob’ di kalangan anggota. Arwah merupakan seorang yang senyap, tapi baik dan mempunyai sifat menolong yang saya sendiri segani. Bersalah dari Negeri Sembilan, beliau pindah ke Maran kerana bertugas di situ. Tetapi rumah nya di Chenor.. Kalau yang biasa dengan jalan Chenor – Bdr Maran.. boleh tahan juga perjalanannya.. hendak-hendak lagi jika menunggang motosikal.. Siapa sangka Sjn Bob menjadi statistik pada hari kemerdekaan 31/8/2021..

Siapa sangka orang yang telah banyak membuat kebaikan dan meringankan beban mangsa-mangsa banjir.. beliau sendiri terkorban dalam keadaan yang tak disangka-sangka..

Sarjan Bob — walaupun tempoh perkenalan kita begitu singkat, saya hargai sepenuh jiwa dan raga saya segala bantuan, dedikasi dan keikhlasan yang Sarjan, SI Dalia dan seluruh anggota keluarga Trafik Maran.. SI Dalia menelefon saya petang tadi.. saya tak menjawab panggilan itu.. saya sangka SI Dalia ingin berbincang tentang hantaran barangn ke Maran.. saya sangka… boleh saya telefon semula kerana saya baru selesai kayuhan basikal saya.. baru pun sampai di rumah… siapa sangka… panggilan itu untuk memaklumkan yang Sarjan sudah tiada..

Chenor..Maran… Trafik Maran… telah kehilangan salah satu dari ahlinya.. yang saya berani anggap sebagai ikon masyarakat.. cara pembawakan diri Sarjan membuat Sarjan disegani ramai.. harapan Sarjan untuk pencen lambat.. saya doakan.. supaya diizinkan oleh Allah untuk dipermudahkan dan diringankan azab di dalam alam barzakh.. saya doakan, semoga keluarga Sarjan kertahui segala jasa Sarjan takkan dilupai begitu sahaja.. kalau bukan kerana Sarjan, tak sampai saya ke Chenor melihat sendiri ‘rumah sengat Chenor’, dan tadika yang perlukan bantuan itu..

InsyaAllah Sarjan.. saya dah inform SI, demi kesinambungan dan kemaslahatan hidup warga Maran yang ingin dibantu, diniat untuk dibantu… bantuan akan kami teruskan.. cuma dengan kekangan SOP COVID-19 ada bantuan yang akan lambat tiba. Sama ada awal atau cepat InsyAllah kita akan teruskan termasuk di Chenor itu sendiri..

Saya ingat lagi, time banjir di Maran.. rumah dan keluarga Sarjan turut terjejas.. tapi Sarjan sendiri turung padang pastikan tugas berjalan lancar, dan sebarang bantuan disalurkan seperti yang dirancang. Sarjan buat kerja dan ikhlas — tanpa harapan ia dicanang.. mahupun mendapat pujian umum.. Tu saya perasan walaupun kebanyakan masa memerhati dari jauh.. Tapi Allah itu lagi Maha Mengetahui segala budi dan jasa Sarjan..

InsyaAllah saya ke Maran lagi.. pasti akan rasa…amat merasai ketiadaan Sarjan..Allah itu Maha Berkuasa… dan lagi menyayangi Sarjan.. memang kalau nak harapkan… nak lagi bersembang dengan Sarjan.. pergi makan ikan pati sama2 dengan SI Dalia, dan lain2 anggota.. tapi ajal itu milik Allah..dan harini ..tiba masa Sarjan pergi dulu… Saya akan simpankan semua yang saya telah niatkan untuk Maran supaya ia tetap diteruskan..

Permergian Sarjan bagai satu jentikan bagi saya supaya sentiasa bersangka baik, sentiasa menjaga hubungan baik, dan tidak mengambil seseorang mahupun kebaikannya ‘for granted’. Sarjan telampau baik dan sangat banyak membantu.. dan saya rasa itu kenapa saya juga terkesan seolah Sarjan seorang keluarga mahupun rakan sekerja yang rapat..

Sarjan Bob, kalau saya ada salah atau silap… mohon maafkan saya.. kalau boleh dimaafkan di alam sana..InsyaAllah..

Kepada semua readers dan rakan2 Muslim/ahli keluarga saya yang pernah terlibat dalam #kitajagalife — Misi Pasca Banjir di Pahang, mohon sedekahkan Al Fatihah buat Sjn Bob yang telah banyak berjasa buat kita semua..

Selamat berehat di alam yang baru Sarjan.. Assalamualaikum…

Juliana

1/9/2021

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑