Tangani yang negatif (versi pandemik Covid-19)


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, saya doakan dan harapkan kalian semua sihat walafiat hendaknya.

Baik, tentang tajuk yang saya paparkan dalam post kali ini, adalah tentang sesuatu perkara yang sangat biasa kita alami dalam kehidupan seharian. Ukuran pemerhatian kita rata-rata akan meletakkan apa yang diperhati, dirasai, dilalui dan dialami dalam beberapa kategori atau kelas. Ini bergantung kepada sifat atau ‘nature’ kejadian yang diperhati dan dilaluinya itu. Tujuan penulisan ini adalah untuk mengupas sedikit tajuk ini dengan cara yang sedikit lain dari kebiasaan yang kita baca. Tiada 100% yang baru di sini cuma olahan dan perspektif yang sedikit berbeza dalam memahami dan menangani apa jua situasi atau keadaan yang anda anggap negatif di dalam hidup anda.

Positif? Negatif?

Positif..atau negatif?

Dalam kejadian hari ke hari, mahupun dalam kehidupan kita, banyak perkara yang boleh jatuh di dalam kategori positif dan negatif. Yang menarik tentang perkara positif dan negatif ini, ia adalah ukuran yang begitu subjektif. Tiada kayu ukuran yang bersifat fizikal yang boleh mengukur dengan tepat ‘ukuran’ dan kategori ini, apatah lagi untuk apabila ukuran itu dibuat oleh individu-individu berlainan.

Apa yang pasti, ilmu, takwa dan pengalaman itu banyak mengajar kita dalam memberi ukuran dan nilai kepada sesuatu perkara, sama ada positif atau negatif. Kebolehan mengukur dan memberi nilai kepada sesuatu perkara itu termasuk samada ia positif atau negatif adalah merupakan salah satu tunjuk arah yang penting di dalam kehidupan kita. Cuba anda fikirkan kali terakhir anda melalui satu kejadian yang tidak diingini di tempat kerja, satu perkara yang sepatutnya boleh dielakkan. Mekanisma kita pasti berubah jikalau kita telah pelajari sesuatu dari kejadian tersebut. Di dalam konteks ini, anda telah dapat membuat satu perubahan yang positif dari kejadian yang negatif itu. Anda telah pelajari dari kesilapan.

Percaya atau tidak, ‘exposure’ kepada sesuatu pengalaman yang negatif, terutamanya yang tidak diduga, adalah latihan yang baik untuk menguji kebolehan kita untuk memberi ukuran/nilaian, sama ada positif atau negatif. Kita melihat, mendengar bukan sahaja melalui deria kita sahaja, tetapi juga dengan akal dan emosi kita. Ia sangatlah sukar untuk memberi penilaian yang neutral dan tidak ‘bias’, atau berat sebelah tatkala kita betul-betul tertekan dari segi fizikal, mental, emosi mahupun rohani. Seperti latihan komando, tentera mahupun latihan untuk pramugara/pramugari, mereka dilatih di dalam simulasi yang hebat yang begitu mencabar fizikal, mental dan emosi mereka, dengan objektif tatkala mereka tamat latihan, mereka boleh bersedia dengan baik menempuhi cabaran di dalam bidang dan lapangan mereka masing-masing.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang

Merapah Sungai Kapuas, Mencari Rezeki sebagai Pendayung Sampan - Halaman  all - Tribun Pontianak
Photo credit: tribunnews.com

Seperti diri kita, yang masing-masing di dalam senario kehidupan, keluarga dan kerjaya kita tersendiri, lagi-lagi di dalam situasi pandemik Covid-19 ini, tidak semua kita bersedia, terlatih mahupun boleh jangkakan aturan hidup kita yang boleh berubah pada bila-bila masa. Waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk kita refleksi diri, daripada selalu memberi ‘reaksi’ kepada setiap perkara yang berlaku. Tiada latihan di dalam dunia yang boleh 100% menyediakan diri kita sebagai individu dan rakyat untuk menghadapi situasi yang kita alami sekarang. Tetapi…., seperti yang saya katakan tadi, banyak faktor memain peranan dalam memberi satu nilaian dan ukuran yang tepat, dan non-bias. Ilmu, taqwa, pengalaman. Juga boleh kalau saya katakan, nilai rendah diri (humility) yang sebenarnya kunci utama dalam kita mengecapi pembaikan diri, ‘self-improvement’.

Dengan kemodenan abad ke-21, adalah sangat bahaya jika mentaliti kita masih terperap dalam angan-angan bahawa masalah boleh diselesaikan dengan satu sekelip mata sahaja. Ternyata bahaya jika ingat segala aplikasi yang kita muat turun, crash course dan video bersifat motivasi sahaja yang boleh memberi kita kelebihan dalam menghadapi keadaan yang sulit. Jika semudah itu, bagaimana pula boleh kita jelaskan statistik kemurungan (depression), bunuh diri, keganasan rumah tangga dan masalah sosioekonomi yang lain. Pada skala mikro bin jirim nya, ada sesuatu yang lebih dalam lagi untuk dieksplorasi, untuk diketahui dan dipelajari. Maka berbalik kepada ‘point’ awal saya tadi, ilmu itu penting, pada masa yang sama kita jangan gopoh untuk tangkap muat sesuatu solusi. Kadang-kadang kita tidak amati betul-betul situasi dan masalah kita, dan tanpa pemahaman yang betul, ada kemungkinan pendekatan yang kita ambil itu tidak dapat menyelesaikan isu yang kita hadapi.

Seperti pepatah Melayu di atas ‘Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang’. Dalam ingin mencapai sesuatu itu, haruslah memasang azam dan sanggup bersusah payah/berkorban sehingga berjaya mencapai matlamat. (kalau nak dialih bahasa pun menarik ni.. ‘You can never get across (the river) with a dry oar)’

Cuba, jangan tak cuba

Tentang menangani yang negatif, di bawah adalah beberapa langkah yang boleh anda cuba untuk betul-betul objektid dan tidak hanyut dengan emosi yang bergelora dan fikiran yang kucar-kacir:

  1. Tenang, tarik nafis…. jika berdiri, duduk… jika duduk, baring… [di dalam Islam, ini juga sebahagian dari tekniknya, termasuklah mencuci muka, mengambil wudu (ablution) dan membaca doa dan zikir]
  2. Setelah tenang, amati keadaan anda, dan kenal pasti apa yang positif dan negatif yang boleh anda ambil dari situasi tersebut
  3. Ambil pena, dan tulis pada sekeping kertas, perkara-perkara yang positif dan negatif yang boleh anda simpulkan
  4. Untuk perkara-perkara yang positif, tulisan ini akan memberi harapan kepada yang situasi anda telah memberi ruang dan peluang untuk sesuatu yang positif untuk berlaku
  5. Untuk perkara-perkara yang negatif, tulisan ini akan memberi sebab kepada minda untuk menganalisa apa yang menyebabkan situasi itu menjadi negatif, bagaimana ia memberi impak kepada diri anda, dan seterusnya, bagaimana situasi tersebut boleh dikendalikan (managed) dengan sumber-sumber yang anda ada. ‘Sumber-sumber’ ini merujuk kepada taqwa, ilmu, pengalaman dan juga nilai rendah diri <– tidak malu, tidak takut untuk mengaku yang kita memerlukan bantuan, memerlukan teguran dan boleh belajar dari setiap perkara yang baru

Ikon-ikon dan misi mereka

Current News: 82nd commemoration of Dandi March and the spirit of peace and  non-violence
Photo credit: mkgandhi.org

Di dalam abad ke-21 ini sebenarnya, banyak pengajaran dan pelajaran yang boleh kita ambil dari orang-orang yang terdahulu, yang telah menempuh kehidupan di dunia ini dalam keadaan yang lebih mencabar dari keadaan hidup sekarang ini. Rata-rata ikon-ikon yang menjadi sebutan di dalam sejarah manusia, samada dari budaya dan agama kita, mahupun dari bangsa dan agama lain, mereka ternyata telah diangkat di dalam sejarah manusia setelah mengharungi perjalanan hidup yang mencabar, dan dari itu telah berjaya membawa satu kebaikan, manfaat dan kejayaan di dalam konteks mereka ketika itu. Nelson Mandela yang memperjuangkan ‘equality dan memerangi sistem apartheid di Afrika Selatan, Mahatma Gandhi yang memperjuangkan hak sivil dan kebebasan India dari penjajah British. Tidak kurang golongan yang tertindas, kita lihat mereka sangat teguh dalam perjuangan mereka sehingga tidak lut dek peluru dan basah dek air. Dan kita di sini memikirkan, apa yang ada pada ketika itu, dan tiada pada kita di abada ke-21 yang penuh dengan kecanggihan ini. Apa resipi yang telah hilang dek zaman…?

Abu Hurayrah R.A.

Saya juga tidak ‘bias’ dalam memetik ikon-ikon hebat di dalam dunia Islam yang banyak memberi inspirasi di dalam kehidupan seharian secara sedar atau tidak sedar. Di antaranya adalah Abu Hurayrah R.A., seorang sahabah dan ‘narrator’ hadith yang terkenal. Beliau seorang yang lahir di dalam keluarga yang miskin, dan kematian ayahnya ketika dia kecil. Namun, itu semua tidak menghalang beliau untuk berhijrah, untuk menimba ilmu al Quran dan Hadith, serta mendekati diri beliau dengan orang-orang yang paling soleh. Begitu spesifik dan fokus matlamat beliau sehingga beliau sanggup berkorban apa sahaja termasuk makan dan minum demi mencapai matlamat beliau.

Di dalam contoh di atas, keadaan Abu Hurayrah R.A. yang miskin, tiada ayah dan tidak boleh membaca — Semua ini tidak melunturkan azam beliau untuk maju menuju matlamat beliau. Hinggakan beliau menjadi seorang pembesar di Bahrain dan juga di Madinah ketika pemerintahan Marwaan bin Hakam (Marwan 1).

Taqwa?

Ustadh Wahaj Tarin, seorang metallurgist, atau ‘material engineer’ menyebut di dalam satu kuliah beliau memetik ayat Al-Quran,:

 وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مِنْ اَمْرِهٖ يُسْرًا

‘Whoever has Taqwa of Allah, Allah will ease in his situation’ (At-Talaq:4)

Apa itu Taqwa?

Pada satu ketika, beliau ditanya, apa itu Taqwa, beliau mengambil analogi berjalan menerusi jalan yang dipenuhi dengan duri-duri yang tajam. Beliau bertanya kepada si penanya pernahkan dia berjalan menerusi jalan yang sedemikian, dan jawapannya adalah ‘ia’. Beliau bertanya lagi, bagaimana si penanya itu melakukannya, dan jawapannya adalah, ia akan mengelaknya (daripada terpijak duri), melangkahnya atau berjalan di belakangnya. Maka jawab Abu Hurayrah R.A., ‘Itulah taqwa’.

Ustadh Wahaj menyambung lagi, ‘To go through to life cautious and conscientious, that I not step on anything that is the disobedience of Allah lest my Lord become unhappy.’

Tangani yang negatif, versi bijak

Dengan pemahaman ini (saya sendiri pun tengah nak hadam betul penulisan ini, dalam menangani sesuatu situasi yang pada zahirnya tampak negatif,

  • Berhenti seketika dan bertenang. Keputusan yang terburuk banyak berlaku ketika mental, emosi dan fizikal tidak di dalam keadaan yang stabil
  • Nilai dan ‘assess’ situasi secara objektif, tujuannya adalah untuk memahami keadaan sebelum tindakan susulan/mitigasi/pembetulan boleh dibuat, dan bukan mengenakan solusi ‘1-size-fit-all’. Seperti ubat kepada penyakit, ubat yang diprekripsikan oleh doktor haruslah berpadanan dengan penyakit yang didiagnos kerana ubat mempunyai farmakofisiologinya dan sifat-sifatnya tersendiri yang hanya berkesan untuk penyakit ubat itu dicipta untuk mengubati
  • Ambil masa, ruang, serta merendahkan diri dalam mengumpul sumber-sumber (resources) serta ilmu yang dapat anda gunakan untuk menangani masalah/situasi anda, termasuklah semua perkara yang ‘negatif’ yang berlaku kepada anda
  • Taqwa – tidak adil untuk saya menganak tirikan ilmu dari pegangan agama saya (dan pegangan itu sendiri), yang boleh memberi sedikit idea kepada rakan-rakan diluar sana bagaimana termasuklah yang bukan beragama Islam, bagaimana saya sendiri menangani situasi dan keadaan sulit dalam tempoh hidup saya yang tidak begitu lama ini.

Banyak faktor yang boleh anda sisipkan berdasarkan konteks, ilmu dan pemerhatian anda bagaimana orang yang fokus dan berpegang teguh dengan prinsip-prinsip utama di dalam hidup mereka — bagaimana mereka menghadapi musibah dan situasi yang sulit berbanding mereka yang tiada hala tuju dan matlamat, lalai dan tidak konsisten dalam usaha untuk menyelesaikan/menangani hidup mereka.

Sebagai penggulung ucapan, harapan saya adalah post yang tidak seberapa ini dapat memberi sedikit cetusan minda dan harapan bagi anda, terutamanya mereka yang mencari-cari bagaimana untuk menangani segala macam kesukaran yang kita dugai sekarang ini, termasuklah situasi sulit. Dalam situasi pandemik yang belum putus ini, kita akui tidak semua orang di dalam situasi yang paling senang di dalam hidup mereka. Berat mata memandang, lagi berat lagi bahu memikul. Bayi perlu disusukan, anak dan isteri perlu diberi makan, bil perlu dibayar dan keluarga perlukan tempat teduh dan rehat. Samaada anda bekerja, memiliki perniagaan, masih belajar, atau menampung ibu ayah serta adik beradik, anda bukan keseorangan. Anda mungkin seorang suami, atau isteri, ibu dan ayah, yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Bantuan dari pelbagai pihak giat dimobilisasikan sekarang ini, maka gunakanlah peluang itu sebaik mungkin, termasuk membina balik silaturrahim dan hubungan dengan mereka-mereka yang anda percayai boleh membantu anda. Jika perlu khidmat professional, saya pasti ramai professional di luar sana siap sedia untuk membantu membantu anda untuk bangkit semula. Sekiranya masalah anda begitu kompleks/rumit, fahami bahawa pemikiran dan mentaliti yang jelas dan objektif penting untuk memulakan langkah memahami situasi anda, diikuti dengan beberapa langkah yang telah saya cadangkan untuk anda cuba.

Just me,

missjewelz

Sebarang komentar saya alu-alukan anda di email ke goldenchersonese.my (@) gmail (.) com

15 Quotes About Overcoming Adversity Never to Forget »

Advertisement

One thought on “Tangani yang negatif (versi pandemik Covid-19)

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: