Teringat padanya


Salam sejahtera. Baru-baru ini saya kehilangan seorang insan yang tersayang. Seorang insan yang bergelar guru al-Quran, Ustazah. Dua minggu sebelum beliau meninggal dunia, Allah sempatkan juga saya dan anak saya bertemu beliau di Hospital KPJ Damansara. Penah melawat keluarga/rakan di hospital ini. Tapi kerana lokasinya yang sedikit tersorok, terpaksa juga ‘rely’ pada app Waze. Kalau tak, mungkin lambat lagi sampai.

 

Hari makan senja, dan kebetulan pada petang itu hujan turun selebatnya, tapi digagahkan diri untuk melawat insan yang sudah berpuluh-puluh tahun menabur jasa bukan sahaja pada diri ini, malah seluruh keluargaku dan murid-muridnya yang lain. Yang mudah, yang tua dan juga yang telah mencapai status nenek dan datuk. Datuk dan Datin pon sekali lah. Si kecik yang nak masuk setahun setengah dipikul sekali. Jelas si kecik tidak tahu apa yang sedang berlaku, dan tidak ke mana mummy nya hendak pergi. Sempat ke kedai bunga di lobi hospital. Sebakul bunga beserta buah-buahan yang berwarna-warni di dalam nya–dengan harapan, selain doa yang dipanjangkan, semoga terhibur dan terubat hati Ustazah ku yang tersayang.

 

Ish…

Si kecil tidak dilupakan. Ada belon dolphin..tak mahal harganya. Maka, dibelikan satu. Si kecil tak tahu nak sebut ‘dolphin’. So, fish aja lah buat senang lidah. ‘Ish, ish…’ sebut si kecil. Nasib baik pekerja kedai baik hati untuk tolong angkat bakul ke wad Ustazah di tingkat 5.

 

Sesampai di wad yang hendak dituju, dijenguk dulu kot-kot wad salah. Eh, betul ke wad ni, macam orang lain je. Jenguk bin Renung, subhanAllah.. Ustazah rupanya.. memang lain dari pada parasnya sewaktu kali terkahir bertemu dengan beliau tahun lepas. Lagi kurus, cengkung..dan hampir tidak dicam.Semacam satu tamparan pada diri ini. This is what happens when we take life for granted and do not remind ourselves continuously. Terus diucapkan  السلام عليكم kepada ustazah dan dua orang lagi yang turut berada di dalam wad. Dalam hati *is this for real..?*… Ustazah nampak lemah, dan layu.. She looks so fragile..just like a newborn baby. Dapat ku lihat tapi jauh daripada merasai keadaan beliau. Terlantar sedemikan rupa.

 

Juliana tak nak datang lawat Ustazah ke?

Ustazah nampak lemah di atas katil wad, tapi masih boleh bersembang. Sekali-sekala mengulangi soalan/pernyataan yang baru dibuat seminit dua yang lalu dan beliau turut mengakui yang memorinya sedikit terganggu akibat penyakit yang dialami beliau.. *tapi sebenarnya saya yang lagi pelupa orang nye.. i forgot that my daughter have met Ustazah last year in June. *Sesi lawatan diteruskan dengan perbualan sekitar hampir satu jam. Tidak sekali pon menitis air mata ini. Namun ditahan sebak hati ini ketika ingin keluar dari wad itu.. Dalam fikiranku, *mungkinkah ini kali terkakhir dapat ku cium dan peluk seorang insan yang ku hormati dan sayangi?*. Teringat pabila beliau berkata dalam telefon ‘Juliana tak nak datang lawat Ustazah ke?’.. Seolah ada mesej tersirat disitu.

 

Memang rasa berat hati semasa ingin melangkah keluar dari wad Ustazah. Tahan setahannya untuk pastikan tiada air mata yang berlinangan. Kalau nak pon, tunggu masuk dalam kereta. Kalau Ustazah boleh bertahan bertahun-tahun pada usianya yang sudah lanjut, inikan orang yang lebih jauh muda daripadanya. Hakikatnya, ini lah yang disarankan kepada yang masih sihat, mudah dan masih mampu berjalan di bumi Allah ini — supaya kita menziarahi yang sakit, nazak– dan jika sudah kembali ke Rahmatullah, disegerakan untuk menziarahi jenazah..semua sebagai peringatan. Saya akui, sudah lama tidak menziarahi orang yang terdekat, yang begitu nazak.. Kali terakhir menghadiri acara pengkebumian adalah 3 tahun yang lalu.. acara pengkebumian saudara Kharis @ LeBigEasy @ TSB..

 

2 minggu selepas melawat Ustazah, dapat berita yang beliau telah kembali ke Rahmatullah. I was in my office..at work..and about to have team lunch to celebrate a colleague’s birthday. And optimistically thought I could have made it to the lunch, and head for the funeral late. Took my purse, stood up and started for the door with my manager. I told my manager in a very low almost croaking tone that I have lost somebody dear to the family.. She felt me, and said that I do not have to attend the lunch, and should do the needy at this testing time.. yes, it was testing indeed. Secara fizikalnya mungkin boleh berada di meja makan bersama rakan sekerja. Tapi secara emosinya…Allahu’alam.

 

Ingatan buat diri ini

 

Terus ke Masjid Darul Ehsan di Subang Jaya– hanya mampu menunggu di luar bilik mandi jenazah.. nampak kelibat seorang wanita yang keluar dari pintu bilik itu ..memakai sarung tangan plastik dan ‘apron’. Terus ku tanya pada seorang perempuan yang berdiri berdekatan dengan bilik itu ‘Itu siapa..?’. Itu anak Mak Ngah… owh… baru dapat jumpa..

 

Jenazah selesai dimandikan, dan dikapankan. Petugas masjid membawa keranda berhampiran bilik mandi jenazah.. Jenazah dikeluarkan.. sudah dikapankan..alamak..tak dapat ku tatap lagi wajah Ustazah yang telah pergi..? Tapi sangkaan ku salah.. dapat juga menjenguk wajah nya sekali secara jelas tatkala ahli keluarga terdekatnya mencium dahinya. Allah Akhbar..nampak tenang.. Disolatkan jenazah itu ..saya turut serta.. *again, dah lama tak solat jenazah ni…*. Siap ada 2 skrin yang menunjukkan bacaan dalam solat jenazah. Mudah. Tapi jika tidak ‘diamalkan’ boleh lupa.. Selesai itu, jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, Subang Jaya.. Ada kubur (yang luas) rupanya di USJ ni.. Assalamualaikum wahai ahli kubur.. Jenazah selesai dikebumikan dan dibacakan talkin selepas Maghrib.. Pada hari itu , memang dapat kuliah free–kuliah yang tiada pensyarahnya..tapi penuh dengan ‘penuntut’ yang dahagakan ilmu..Ilmu beringat..Ilmu yang meningatkan kita yang makin lama kita hidup , makan makin dekat kita dengan kubur yang memanggil. Allah sudah tentukan di mana, bila dan bagaimana permergian kita. Terserah kepada kita apa langkah seterusnya; sama ada segera menyiapkan diri supaya dapat menhadapi ‘nya’ bila-bila sahaja.. atau… sebaliknya.

 

The kiasu in me lightened my fingers to record the last moments of the jenazah before being buried 7 feet under.. Battery was running low, but I know every second and sight is worth a million years. I am still (and I hope will continue) to be reminded of my coming days. I do not if I will be gone today, tomorrow .. I do not know if I will make it Aqilah’s 2nd birthday (coming soon..). What I can consciously tell myself now is I better buck up before its too late.

 

Semoga semua mencapai ‘Husnul Khatima’

Islam encourages its ummah to strive for excellence herein and hereafter. In the end, a person dies either with a good ending, or bad ending; the Islamic concept and believe of ‘Husnul Khatima’ and ‘Su-ul Khatima’. Time was never on my side.. The clock keeps ticking. Regret without a real action plan is worthless. Regret with taubah/repent is key , and I am gently reminding myself and to the rest of my brothers and sisters reading this, I pray that Allah will continue to Bless Guidance,Mercy and Love to all of us, and continue to accept our repentance. This is a personal post, and I hope I have touched your hearts the way my Ustazah’s demise touched mine. This is not my first condolence on my blog.. but bet is the most significant of it all since I knew arwah since I was a small child. Allahu A’lam.

 

AL FATIHAH...to all who have walked this earth and returned to Allah. May all of us be spared the azab in the kubr, and also gain syafaat from Prophet Muhammad (Peace Be Upon Him).

 

Kepada semua sahabat handai yang ku kenali mahupun yang pernah ku jumpai sebelum ini, dengan rendah diri nya saya ingin meminta maaf atas segala salah dan silap ku.. sama ada sengaja atau tidak. Jika ada hutang yang belum sempat atau terlupa untuk diselesaikan, saya ingin mohon jasa baik saudara dan saudari untuk memaklumkan pada saya. Terima kasih dan assalamualaikum

 

 

*Thank you for your time reading my humble post. * 🙂

 

 

 

 

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: