Salam. Beberapa perkembangan dan informasi terkini kepada saudara dan saudari yang ingin terus menerus menyalurkan bantuan kepada rakan-rakan kita di negeri-negeri yang terjejas teruk akibat banjir :-
i)Maklumat dari Pn.Sakinah (Pejabat Ahli Parlimen Kuantan, 013 7184662)
“Kuantan alhamdulillah dah stable. Fasa sekarang ni (ini) fasa mengemas so kami x(tak) menerima bekalan makanan lagi. Tapi kalau masih nak menyumbang, boleh beri direct kepada mangsa di rumah-rumah mereka”
Apabila ditanyakan baranan untuk aktiviti pembersihan/mengemas , jawapan Pn. Sakinah seperi di bawah :-
“Waterjet, sabun, berus. Dan juga tenaga manusia”.
ii)Maklumat dari Facebook YB Fuziah Salleh (Ahli Parliman Kuantan) Facebook YB Fuziah Salleh Twitter YB Fuziah Salleh

Saya ingin merayu kepada para dermawan di luar Kuantan sekiranya ada barang2vterpakai seperti perabot dan peralatan dapur yg ingin di sumbangkan kpd warga Kuantan. Harap dpt di sumbangkan. Sila bawak dgn kenderaan sendiri dan kami akan tunjukkan ke kawasan mana yg memerlukan. Itu peluang bagi yg banyak duit membeli baru…..

Operasi pembersihan di Kuantan
missjewelz says : Kepada saudara-saudari yang ingin turun membantu kerja-kerja pembersihan di Kuantan , boleh berhubung terus dengan saudara Alang ( 012 949 6989). Para sukarelawan boleh berkumpul di Medan Warisan, Jalan Tanah Putih,Kuantan (opposite Giant) sebelum 9 pagi dan 10 pagi Sabtu dan Ahad ini. Map here.
iii) Maklumat dari Persatuan Nisa’ Malaysia (Adda 019 361 7502)
Barangan yang diperlukan untuk mangsa banjir
1) Tolietries
2) Minyak masak
3) Biskut
4) Makanan dalam tin
5) Peralatan dan kelengkapan untuk aktiviti pembersiha (berus, sabun, plastik sampah, cangkul dll)
Kepada warga Kuala Lumpur dan Selangor yang ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk barangan keperluan seperti yang tersenarai di bawah, sila ke Dewan Merbau MBSA, Seksyen 17, Shah Alam . Dewan dibuka dari 9 pagi hingga 12 malam , dari 9 Disember ke 15 Disember 10`2. Untuk maklumat selanjutnya boleh terus hubungi wakil Nisa’ Malaysia (‘Uyun 019 3577 502 atau Adda 019-361 7502). Alamat Dewan MBSA (Dewan Merbau) :Dewan MBSA (Merbau), 17B,Jln Senangin 17/2, Seksyen 17,40200 Shah Alam, Selangor.
Operasi pembersihan di Terengganu
Nisa’ Malaysia juga sedang merangka perjalanan ke Kemaman, Terengganu untuk membawa volunteers yang ingin membantu dalam operasi pembersihan. Please keep yourself updated by following Nisa’ Malaysia’s Facebook. missjewelz will also be updating the information here at this blog.
4 wheel drive dan waterjet diperlukan
Syarikat-syarikat, kelab, individu atau mana-mana badan NGO dialu-alukan untuk menyewa/meminjamkan 4-wheel drive untuk memudahkan kerja membawa sukarelawan ke tempat-tempat yang terjejas bersama Nisa’ Malaysia. Sa juga difahamkan Nisa’ Malaysia mengalu-alukan sumbangan/pinjaman water jet . Boleh berhubung terus dengan ‘Uyun 019 3577 502 atau Adda 019-361 7502
iv) Maklumat dari missjewelz :p
Thank you to all donors who have banked in to my MBB account (see last 2 previous posts). We have managed to collect RM750, alhamdulillah ! Keep up the good effort and please do share this post with your friends through email, Facebook and etc.

Leave a Reply