Esok 31 Ogos !


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Esok tanggal 31 Ogos kembali lagi ? Adakah kita akan bersama menghayati hari kemerdekaan ini, atau pun sekadar biar berlalu begitu sahaja. Apa agenda kita esok? Perlukah kita kibarkan Jalur Gemilang? Adakah kita akan mengimbau perasaan patriotik dan cinta kepada negara ? Adakah anda pernah dengar nama Sang Saka? Sang Saka ini seangkatan dengan Jalur Gemilang, cuma Sang Saka Merah-Putih ini menjadi simbol kemerdekaan dan perpaduan gah rakyat Indonesia, lebih-lebih lagi tibanya hari Kemerdekaan mereka yang tidak jauh dari kita (17 Ogos).

Kibarkan Jalur Gemilang, sertai perarakan dan perayaan Hari Merdeka sambil menepikan segala fahaman politik – itulah yang telah diwarwarkan oleh kerajaan kita baru ini. Baik jika semua rakyat turun padang untuk menyertai acara ini – tapi di jauh sudut hati kita, kita tahu patriotism bermusim ini tidak akan bertahan lama tanpa perasaan yang betul-betul cintakan negara ini. Seorang rakyat yang patriotik semestinya akan sayang. Seorang yang sayang akan negaranya semestinya patriotik – sayang itu sendiri simbolik dan banyak cara (secara sedar atau tak sedar) yang kita fikirkan, ungkapkan dan lakukan sebenarnya sudah mencerminkan patriotisma kita.

Secara individunya, saya berpendapat orang yang sayang akan negaranya AKAN :-

220px-Sarjan_hassan_01

1. Secara sukarela dan penuh minat belajar dan memahami sejarah negaranya – sama ada asal-usul, perjuangan menghadapi kemerdekaan, pahlawan-pahlawan dan pemimpin yang telah berkorban untuk memperjuangkan negara ini. Cenderung mengetahui pelbagai trivia yang berkenaan dengan sejarah Tanah Melayu/Malaysia walaupun sudah lebih 20 -40 tahun meninggalkan kerusi sekolah– apa sajalah dari Hang Tuah, ke J.W Birch, Raja Putih Brookes dan lain-lain. Terpegun juga menonton filem-filem patriotik negara (Sarjan Hassan, Darah Satria dan lain-lain), dan filem-filem yang memaparkan sejarah negara-negara lain seperti Schindler’s List, The Devil’s Arithmetic dan Letters from Iwo Jima.

tolerance

2. Faham erti toleransi dan sentiasa ingin beri kerjasama. Konfrontasi cuba dielakkan sebanyak yang mungkin atas nama perpaduan berbilang kaum – suka belajar tentang budaya lain, dan berkongsi elemen budaya sendiri dengan rakan-rakan dari kaum lain. Bangga bila bercampur dengan kaum lain kerana itu identiti negara kita. Contoh yang terbaik bila dipelawa ke rumah terbuka Hari Raya Cina, Hari Raya Deepavali, Hari Raya Aidilfitri, Krismas dan lain-lain.

wpid-IMAG3719.jpg

3. Tidak senang dengan keganasan dan rusuhan. Lebih sukakan keamanan dan kedamaian. Perkara-perkara yang perlu perdebatan lebih elok diselesaikan dalam erti konteksnya tersendiri i.e. mengasingkan masalah dengan orangnya tanpa melupakan nila-nilai manusia yang berkenaan. Contoh : tidak puas hati dengan sistem pendidikan di negara ini – maka selesaikan dalam erti konteks masalah – bukan menular sehingga mengecam peribadi individu-individu tertentu sehinggakan masalah yang awal tadi tidak selesai.

man-carrying-dead-child

4.Sentiasa risau jika negara akan dilanda perang saudara/kekacauan yang tidak sudah-sudah memandangkan telah banyak contoh di merata dunia bagaimana ketidakstabilan sesebuah negara boleh membunuh beratus ribu nyawa yang tidak berdosa. Hanya kerana ‘CHANGE’ diperlukan, habis semua tunggang terbalik – adakah ini cara yang terbaik? Apa-apa yang baru atau lebih baik yang ingin dikecapi perlu melalui jalan yang berliku dan berdarah ke? Tidak cukup bersyukurkah kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi selama ini? Ingin Malaysia menjadi Mesir atau Syria kedua ? Semuanya di tangan kita. So let’s make the wisest of choice even in the smallest decisions that we make. Can? Boleh? Kěyǐ? (可以 ?) Moodiyum?

basil2b-big

5. Objektif dan tidak emosi bila melihat sesuatu isu ‘’negara’’ – lebih suka mendengar dari kedua-dua pihak (yang bertelagah) daripada hanya memihak kepada satu pihak sahaja

g_quran_gold

6.Tidak taksub dengan aliran politik – lebih selesa menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan menghormati kedaulatan negara – lebih senang dengan ajaran dan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dan diamalkan selama ini. Semua agama mengajar yang baik – rasa bersalah jika buat salah.

553046_10151806824740351_1923970843_n
Recent raya cum class reunion with my high school buddies !

7. Gemar dengan aktiviti-aktiviti ilmiah/seni/sukan/makan (hahaha..right?) atau apa-apa pun aktiviti positif yang lain yang melibatkan penyertaaan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latarbelakang, agama atau kaum. Bersatu dalam erti yang sebenar tanpa mengira perbezaan.

And if you have time for some extra reads :

Farish A. Noor – A Malaysian Dilemma

Nilai Patriotik Dalam filem P.Ramlee

missjewelz 2011 Merdeka post

missjewelz 2010 Merdeka post

missjewelz 2009 Merdeka post

 

Selamat Hari Kemerdekaan to all my Malaysian friends out there ! Mari kita sama-sama berazam untuk terus sayangi dan cintakan negara ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. -missjewelz, 30 August 2013-

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: