Pernah Tak ?


Pernah Tak

 

Pernah tak anda patah balik untuk ambil something then halfway lupa apa yang nak diambil ? Contoh; balik bilik nak ambil jaket, tapi sampai je bilik , lupa la pulak apa benda lah yang nak diambil tadi.. Pernah tak berjalan ke arah tong sampah untuk membuang tisu tapi terbuang pen yang berada di dalam tangan..? Haha..  itu lumrah manusia saja, itulah semula jadi. Bukan kita yang pelupa sebenarnye. Otak kita ni kadang2 memang ada short circuit. Tapi dalam banyak-banyak ciptaan Tuhan, otak lah yang paling canggih kan. Kreativiti itu tidak bermula dari saraf tunjang kita. It begins with the brains. Dari our blue print, DNA, ia juga. Tapi kita manusia kan, so, sempurna mana suatu ciptaan tuh, akan ada juga cacat nye. Tapi dalam cacat-cacat nye, banyak yang boleh diambil iktibar dari ciptaan Tuhan. Tak payah tengok jauh. Tengok kat diri sendiri sudah. Adakah kita sempurna? Secara fizikal, adakah kita lengkap? Jika jawapan anda adalah ia, then alhamdulillah. Jika jawapannye tidak, kita patut bersyukur kita dilahirkan ke dunia yang indah lagi permai ini.

 

Celebrating the Gift of God

 

Saya tertarik dengan kata-kata seorang sahabat yang baru saya temui, buat kali pertamanya di Penang Bridge. Katanya , quote, ‘You are actually (whether you realize it or not) celebrating the gift of God .i.e your body. You took care of it very well and reap the benefit and enjoyment from it. You took the opportunity of youth to do the things old people can’t do. You took the opportunity of a complete able bodied (tak ada cacad – like people on crutches) to explore your limits and do the sport handicap people can’t do. You are actually thanking and appreciating God without you realizing it.’ Memang tak sedar, malahan, macam kita take for granted je yang kita ni boleh melihat, mendengar, berjalan dan berlari. Dan menjadi tanggungjawab kita sebenarnye untuk menjaga segala nikmat yang diberi — nikmat penglihatan, kesihatan, etc.


Pernah Tak

 

Pernah tak anda terjumpa kenalan,atau orang-orang yang cacat atau tidak lengkap anggota, tetapi dari segi keazamannya lebih hebat dari kita yang cukup anggota? Dalam saya bersukan, ada beberapa atlit kurang upaya pernah saya jumpa, dan mereka2 ini hebat belaka. Ironman, marathon time, swim time semuanya lagi laju dari saya.. Kata tak cukup anggota, so macam mana lagi hebat nieh..? haaa.. jawapannye, adalah, betapa kuat atau lemah kita, secara amnya, tidak ditentukan oleh berapa kaki, tangan ,atau jari yang kita ada. It’s all inside. Dan sama ada kita MAHU atau TIDAK MAHU mencapai sesuatu itu. Bak kata pepatah, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So, my salute (secara rendah dirinya) kepada sahabat-sahabat sukan yang telah membuktikan apa yang baru saya sebut tadi.

 

 

 
 
 
 
 
 

 

 

Atlit renang Melaka, Nik Mohd. Tarmizi, memulakan terjunan dalam acara 200m rampaian individual lelaki pada Sukan Paralimpiad Malaysia XV di Pusat Akuatik Hang Jebat, Krubong ,Melaka, 24 Nov. --dari Utusan Malaysia Online --

 

 

 


Dan juga, another standing ovation to all my friends yang sudah berumur. Age, in the end is just a number. Uncle Bo, Rahim, Alaudin, Patsy, Yap Sze Mun. Onn Yusof, i did not forget you. hihi.. dah 60++ dan MASIH aktif bersukan. Nama-nama yang baru disebut tadi pernah complete Ironman, full marathon, pergi touring sana-sini, among many. Memang salute lah…!!

 

 

The lady in pink is Malaysia's Timbalan Menteri KeSIHATan. Befitting. And a MOCKERY indeed to the definition of 'sihat'/ healthy !!! Dato' Rosnah Rashid Shirlin, you need to be more sihat ok. Bukan sekadar nama dan pangkat saja. Photo taken from Utusan Malaysia online. Original link here and here

 

 

Dari pemerhatian saya yang tak begitu tajam, ramai di antara kita menggunakan alasan dah tua, dan dah berumur untuk TIDAK menjaga kesihatan. [terutamanya golongan akademia..baru umur 35,36 kata dah ‘tua’..oops..(muda lagi laaa!). Kesihatan adalah tanggungjawab diri kita sendiri. Bukan orang lain. Abaikan kenyataan ini — orang lain pulak kena jaga kita. Kan ? Sakit ini, sakit itu.. Jaga kesihatan ini sama je macam mencari ilmu pengetahuan. It has no age limit, no expiry date. So yang muda-muda tuh, gunakan sebaik boleh zaman muda anda supaya masa tua tetap sihat, dan kuat ! 🙂

 

 

 

Walaupun badan ini berat, jangan sesekali beratkan niat  untuk tidak menjaga kesihatan .. kalau dah kena turun berat badan, then do it.Tak perlu tunggu diberitahu. Juga rajin-rajinkan untuk mencari lagi pengetahuan tentang kenapa kita perlu menjaga kesihatan kita.. dan ingat, apa yang kita buat kadang-kadang tuh, bukan untuk kita, tapi untuk yang tersayang. Dah kata ada anak-anak yang masih kecil, atau keluarga yang kita amat sayangi.. macam mana kita nak tunjuk sayang..? dengan cara kita selalu merokok di hadapan mereka? dengan uhm… tidak menghalang mereka daripada makan kulit ayam KFC yang sedap lagi berlemak? atau uhmmm..dengan selalu sakit.. dalam masa 10 tahun lagi (insyaAllah) bolehkan kita menjaga yang tersayang disebabkan daya upaya , kesihatan dan kecergasan kita? Boleh lagi berlari dan beriadah dengan mereka? ok, saya rasa anda faham apa yang saya maksudkan. == JAGA KESIHATAN !!!! ==

 

Nak cakap senang kan. Tapi nak wujudkan kesedaran, walaupun untuk diri sendiri itu, padakalanya tak senang. Jika sendiri tak boleh nak mulakan sesuatu, tak salah kita minta nasihat, atau bantuan dari kawan-kawan lain. Tengok dalam komuniti kita, macam mana aktiviti beriadah, senaman dan cara pemakanan yang sihat itu dipraktikkan. Saya cukup tertarik dengan komuniti Cina di Malaysia, tanah tumpah airku. Di negeri mana pon saya berada, saya memang perasan setiap lapisan generasi kaum ini memang mengamalkan hidup cara sihat, terutamanya aktiviti beriadah seperi berjalan, berlari , ber ‘taichi’ di taman-taman. Dari bayi yang tak sampai setahun umurnye, kepada siau titi , kepada che che dan ko ko.., mak, ayah, tok, nenek..semualah. Nampak dengan jelas budaya sesuatu masyarakat, dan apa yang dipraktikkan itu diserap dan diajar kepada generasi yang muda.

 

 

Make That Change

Tak perlu kita tunggu diberi peluang untuk membawa sebarang perubahan atau ‘improvement’. Kita mula dengan diri kita, dan dari situ, ‘make that change’. Malaysia Sihat. Malaysia Boleh. Saya boleh. Anda lagi la boleh !!! 🙂 ok, cau cin ciao… selamat pagi Malaysia.. !


 

 

Talking to the cuteeeeeeeeee little girl while going down the hill

 

Sports for all ! Peace !
Meet CK, my friend ! 58 years young ! 🙂 Photo taken during a recent 350km bike ride ! Over 2 days. Kayuh santai-santai je. bukan race !

 

Abg Din, Jason and Jimmy Panjang (blue T) -- from the Kuantan Pacesetters. Taken during a recent Yam Cha session with them at Kemaman Kopitiam. Jimmy is 62, and he just finished Melbourne Marathon (42.195km) recently.
Sports for all ! 🙂 from left ; missjewelz, Aliah, Uncle Bo, Daniel, Daniel's dad,Wendy, Alaudin and Azmar. ni semua gang touring Azmar a.k.a Oldsters. Tapi dalam semua 'youngsters'. Half of the people in this picture are double my age, and they do join multisports events; duathlon, as well as marathons !So akak-akak dan abang-abang yang masih dalam 30an, 40an, dan juga 50an, masih tak terlambat. okay ?! Kalau nak join larian/aktiviti riadah, sila ke http://www.pacesetters.com.my, dan click kat tab 'EVENTS'. baaaanyaakkkk sangat acara yang you all boleh lihat dan pilih (untuk join) .

missjewelz

 



Advertisement

15 thoughts on “Pernah Tak ?

Add yours

  1. la, abng din namanya ye. banyak kali tengok kenal gitu2 je. Ada sekali pegi vacation kat kuantan, masa jog jumpa dia kat teluk cempedak (kot). Dasyat mamat tu…
    P/s : seven wonders of the world – To see, To hear, To touch, To Feel, To taste, To laugh and To Love…he, he…

  2. salam. morning Ijam. yes, Din namanye. 🙂 he is from Kuantan 🙂 lain kali if nampak dia, tegur je. tahun ni dia kurang sket lari outstation but insyaAllah you’ll see more of him next year. 🙂 yes, 7 wonders ! 🙂

  3. Menteri Kesihatan yg tak sihat, Menteri Sukan yg tak bersukan… inilah antara menteri-menteri kabinet Malaysia. Pencapaian yg paling berjaya diorang ni semua ialah…. mempunyai duit yg banyak.

    1. ada betulnya yang you cakap tuh Kam ! tapi ni pon kebetulan i nampak gambar kat Utusan Online. umpama menteri informasi dan komunikasi yang tak tahu apa maknanya ‘civic’/’public’ journalism. but that is besides the point of this post. a healthier lifestyle for ALL.

  4. indeed its true..
    everytime i run i always think about how lucky i am for being able to use my leg..the singapore blade runner is also an inspiration.. overweight hence cant do sport is a bull crap too.. evidence is everywhere ..bah!

    i was pointed by a friend that healthy-malaysian is a very rare thing… sad truth huh.. anyhow, majulah sukan untuk negara!

    1. Salam.

      Thank Farah. True, but let’s all work together (instead of only hoping) that this truth will be reversed !Majulah Malaysia ! You are an inspiration and living proof too dear !  

      Regards, 

      Juliana Ali.

      Now it is established in the sciences that no knowledge is acquired save through the study of its causes and beginnings, if it has had causes and beginnings; nor completed except by knowledge of its accidents and accompanying essentials. -Ibn Sina-

  5. Agree… remember how bad we wanted our first bike when we were a kid but then as we grow up, we left it to rot in our garage… simply becoz we got a better bike. Well, our body doesnt work that way, we will not get another body (limbs transplant is another story). So, if you want to enjoy this body, do make sure its well taken care of, watch what u eat & do some exercise. InsyaAllah, you will get to “ride” it longer.

    1. Nice one Mar. 🙂 ride it longer ! i ryke ! will see you at the 12k run nanti ?  

      Regards, 

      Juliana Ali.

      Now it is established in the sciences that no knowledge is acquired save through the study of its causes and beginnings, if it has had causes and beginnings; nor completed except by knowledge of its accidents and accompanying essentials. -Ibn Sina-

  6. Well written, Julie! I totally agree on those issues you addressed! It does horrify me to see parents that allow their young children to consume tons of fast food. Think of all those calories. It is disheartening to see kids now that are obese! So young and already adopted so many bad habits! Instead of going outside to run and climb tress, they now plonk themselves in front of the PC or TV all day! And believe me, our Jabatan Kesihatan is a joke! I’ve never seen so many unhealthy people in one place in my life!

    1. Hi! Thanks for the comment. yes, the lifestyle nowadays, literally, is anything but healthy for the current generation! Jabatan Kesihatan a joke yeah ?! huhu..! well, we need to start somewhere. that where is here. Us. 🙂  

      Regards, 

      Juliana Ali.

      Now it is established in the sciences that no knowledge is acquired save through the study of its causes and beginnings, if it has had causes and beginnings; nor completed except by knowledge of its accidents and accompanying essentials. -Ibn Sina-

  7. Menjaga kesihatan is a must!! No excuse ok.. 🙂 Kita mungkin diminta melakukan sesuatu yang besar pada usia 60 nanti… hehe

    1. najwa, nice one !! 🙂 thanks !!  

      Regards, 

      Juliana Ali.

      Now it is established in the sciences that no knowledge is acquired save through the study of its causes and beginnings, if it has had causes and beginnings; nor completed except by knowledge of its accidents and accompanying essentials. -Ibn Sina-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: